Friday, June 19, 2009

SALEEM IKLIM

SALEEM

A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan IKLIM yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.
Saleem telah dilahirkan pada
31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi..

IKLIM

Kumpulan Iklim merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan
penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada dekad 90-an. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock).

Anggota Kumpulan Iklim

Saleem (Vokalis)
Umarul (Gitar utama)
Mohalim (Bass)
Huzali (Keyboard)
Kama (Pemain dram) - keluar setelah 7 tahun iaitu pada akhir 1996.
Khir Rahman (Vokalis) - Album Pergimu Satu Tanda

ALBUM

Iklim

1990 - Satu Kesan Abadi (SCS)
1991 - Bulan Jatuh Ke Riba (SCS)
1992 - Budi (SCS)
1993 - Dunia (SCS)
1994 - Iklim (Warner)
1995 - Bukan Niatku (Warner)
1996 - Salam Perpisahan (Warner)
1997 - Sambutlah Tanganku (Warner)
2003 - Bunga Emas (Nova)

Saleem

1993 - Saleem/Wan Zul - Gabungan Dua Insan Seni (SCS)
1994 - Saleem/Iklim (SCS)
1998 - Gabungan Saleem Iklim Dan M. Nasir (SCS)
1998 - Maaf (Warner)
2000 - Ratib Orang Pinggiran (Warner)
2001 - Ratu Sanubari (Warner)
2006 - Epigoni (Warner)
2008 - Ke Hujung Hayat (Warner)
2008 - Aku Saleem - Trilogi Cinta

Kompilasi

1995 - Seribu Penghargaan (SCS)
1995 - Tribute To Ramli Sarip (Warner)
1994 - Unplugged 1994 (SCS)
1996 - Unplugged 1996 (SCS)
1997 - Dirgahayu 1 - IKLIM (Warner/Rock Record)
1998 - Dirgahayu 2 - SALEEM (Warner/Rock Record)
2000 - Emas Selamanya (Rock Record)
2000 - Koleksi Ori - Sesuatu Yang Abadi
2005 - Memori Hit Iklim
2004 - Saleem Iklim dan Rahmat Ekamatra (Warner/Rock Record)
2005 - Musim Bermusim
2006 - Saleem - Raja Balada (Warner)
2007 - Iklim & Frenz
2007 - Tribute To Aleycats
2008 - Saleem & Iklim - Terunggul


No comments:

Post a Comment